USM Bloggerz

Monday, September 24, 2012

Pok Nik kasi WARNING sama Kosmo Online !!


1. Selesai sudah Upacara Konvokesyen USM kali ke 46.

2. PNK berkonvo dulu pada sesi ke 36 rasanya. Suasana konvo kali ini memang terbaaikk sama macam dulu. Meriah derrr..tapak konvo macam pasar Ramadan. Ramai berniaga.

3. Tapi sayang  PNK terlepas nak ambil gambar suasana konvo kali ini. Hajat nak buat hari ini tapi dah habis rupanya.

4. Ini semua kes PNK buat Laporan Makmal sampai 4 malam 3 hari tanpa henti.

5. Tahniah untuk semua graduan yang berjaya.

6. Antara graduan yang terbaik PNK pilih adalah seorang Nenek. PNK terbaca dalam Kosmo Online. 

 sumber gambar : Kosmo Online

7. Umur Nenek Derisah Maarof dah 66 tahun. Tapi masih kuat membaca dan mengira.

8. Nenek Derisah dapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan.

9. Yang terbaik lagi, Nenek Derisah dapat konvo serentak bersama sama anak dia. Anak Nenek Derisah dapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

10. PNK rasa Nenek Derisah saja nak kasi PANAS sama anak dia supaya sambung belajar juga kot.

11. Tapi yang tak bagus, PNK tak dapat tengok macam mana muka Nenek Derisah tu.

12. Gambar dalam Kosmo Online tu bukan gambar Nenek Derisah.

13. Itu Gambar Musa bin Jaafar dan Nor Azizan Sulaiman. Pasangan guru Suami Isteri warga emas yang terpaksa belajar dalam kereta untuk dapat Ijazah Sarjana Muda Sastera. Berita untuk mereka ada di sini.

14. Editor Kosmo yang buat keluar berita takkan tak dapat faham maksud kesinambungan cerita. Ini mau kena masuk sekolah balik ni.


  sumber gambar : Kosmo Online

15. Gambar atas ini, Graduan Sarjana Perubatan Nuklear. PNK pernah mengajar mereka semua ni. Anak murid Sarjana dahulu sebelum Tok Guru.

16. Tapi kalau tengok dalam Kosmo Online tajuk dia USM Lahir 5 Sarjana Nuklear.

17. Apa punya kerja la Editor Kosmo Online ni. Kalau ada Ijazah pi gantung  atas pokong pisang la..

18. Ada beza tau antara Sarjana Perubatan Nuklear dan Sarjana Nuklear.

19. Untuk pihak Jurnalis, salah ayat yang anda terbitkan akan buat salah pada fahaman masyarakat. Bila masyarakat salah faham, dunia boleh tunggang terbalik.

20. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanynya, terlajak tulis  ?? . Cikgu kasi fail laaa..

21. Dunia boleh berperang akibat Jurnalis, Dunia boleh aman akibat Jurnalis.

22. Peringatan untuk Editor dan Jurnalis lebih lagi yang ada Ijazah, Sarjana ataupun PhD.  Setimpalkan hasil kerja kamu dengan tahap pendidikan kamu.

23. Mungkin inilah yang berlaku dalam POLITIK Malaysia hari ni. Tunggang terbalik sebab ada Junalis / Editor yang letak otak kat tumit kaki.

24. Rakyat berpecah sebab ANDA.

25. PNK rasa rakyat kini boleh kaya cepat sebab boleh saman menyaman pihak akhbar. Hahaha

26.. Jika ada Jurnalis terbaca, sila panjangkan komen PNK ke pihak yang sepatutnya. Sekian


-Pok Nik Kaya-


14 comments:

  1. Takutnyer...Pok Nik warning same Kosmo.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok Nik nie spesis Bekeng jugak tau. haha

      Delete
  2. Iyalah PNK. Kami yang tak tahu cerita hanya baca suratkhabar dari sebelah pihak saja. Tapi jika bersangka baik, mungkin sumber (penyalur maklumat kepada wartawan) yang beri informasi keliru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok Nik sokong..kita kena bersangka baik..

      Delete
  3. Biso pok nik student grad dulu.. Mempraktickan inverse square law, next PNK konvo 47 ke 48? < 4hr wat lab report? napa x mintak copy dr senior kukiukui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok Nik amik yang ke 48. no dia cantik..ada ONG kata org cina..Pok Nik punya sr report lab pun berterabur la.. ke sr Pok Nik tu copy dari super sr dia juga (abe Poe)

      Delete
    2. Bereh, org tua2 kata makan kunyah pelahan2 idak le tersedak.. Abe poe pn dpt B+ je utk labwork.. Super sr merangkap sv abe poe tu pawa.. tapi lab report dia guna linux kukui

      Delete
    3. itu sudah power..pok Nik pun nak berguru dengan dia jugak nanti..hehe

      Delete
  4. terbaik nenek nie...ingatannya masih kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek bukan sebarang nenek ni che ros.. nenek hebat perkasa dan bergeliga

      Delete
  5. Betul tu Pok Nik, silap penggunaan ayat atau perkataan ni boleh menyebabkan salah faham. Sy pun mula2 confuse jugak Perubatan Nuklear dan Nuklear shj tu. Boyfriend sy ambik Sains Nuklear, ada jugak dia terang2 apa yg dia belajar. Kalau ikut apa yg sy baca Pok Nik pernah cerita dalam entri-entri lepas tu mmg tak sama.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo boifren ambik sains nuklear eh.. satu line dengan Pok nik la tu. Kirim salam kat dia eh. cakap kat dia kalau dia nak ambil sijil RPO boleh contact Pok Nik.

      Delete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.