USM Bloggerz

Saturday, February 16, 2013

Jawatan Kosong QC Assessor



1. Lagi berita baik dihujung minggu. Jawatan kosong sebagai QC Assessor (Penilai Ujian Kawalan Kualiti) di Gamedix Sdn Bhd.(Subang Jaya)

2. Gamedix Sdn Bhd merupakan syarikat Kelas H yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjalankan aktiviti berasaskan aspek keselamatan sinaran meliputi jaminan kualiti Mesin Sinar-X, Pemecut Linear (LINAC) dan pelbagai lagi. Maklukmat lanjut mengenai syarikat boleh klik sini . Gamedix Sdn Bhd.  

3. Status jawatan: Sepenuh Masa (Lelaki Sahaja)

4. Kelayakan: Sarjana Muda (Fizik Perubatan, Sinaran Perubatan, Fizik Kesihatan, Fizik Gunaan, Fizik Tulen )

5. Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia untuk berkerja luar daerah termasuk Sabah dan Sarawak.

6. Siswazah baru tamat belajar amat digalakan memohon.. Latihan akan diberi. 

7. Jika mempunyai Sijil Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) satu kelebihan.

8. Diskripsi tugas:  Menjalankan Ujian Kawalan Kualiti (QC) Radiologi mengikut Malaysian Standard (MS838), Bekerja rapat dengan Perunding Fizik Perubatan dan Penyelia Perlindungan Sinaran berkaitan kerja kerja QC Radiologi.

9. Berminat boleh emelkan resume anda ke gamedix1@unifi.my

10. Hanya yang disenarai pendek akan dipanggil temu duga. ;)

11. Selamat mencuba. Rezeki ada di mana mana, yang penting pandai mencari dan pandai berkomunikasi.


-Pok Nik Kaya @ Abu Fatih-










Cara Untuk Lepaskan Diri dari TELEMARKETING






1. Pernah terkena panggilan dari mana mana syarikat yang promosikan insurans, kad kredit dan ubat kuat?

2. PNK lama dah tak terkena. Minggu lepas hari Khamis terangkat satu nombor 03-2209688. 

3. Ingatkan ada mana mana syarikat call nak bagi Job. Rupa-rupanya TeleMarketing. Aduhai.. dah terangkat layan jugak la.

4. Gadis dengan suara yang lemah lembut berada dihujung talian. Katanya dari Maxis. Minta mengesahkan no tel PNK.

5. Elok lepas PNK sahkan nombor, dia buka la cerita mengenai Insurans. Hehe

6. Terkena sudah.. nak putuskan panggilan Kurang Ajar Pulak.. nanti jadi kes macam Kak Pah Listen Listen Listen.


 Sumber Gambar: Google

7. Disebabkan ada perasaan hormat pada gadis itu, PNK pun dengar celoteh dia. 

8. Kemahiran gadis telemarketing  mengatur ayat bagus , Nada bercakap bagus, Diselitkan unsur unsur humor. PNK boleh kasik 8/10 untuk kemahiran berkomunikasi beliau.

9. Perbualan hampir 10 minit. Hujung perbualan si gadis ada  meminta no Kad Pengenalan PNK. Katanya untuk dimasukkan dalam sistem. 

10. Ini tidak BOLEH. Ini sudah jadi Data Peribadi PNK. Tidak sama sama sekali PNK akan memberikan butir peribadi melalui talefon kepada orang yang tidak kita nampak mukanya dan kenalinya.

12. Jadi PNK minta diri dengan berhemah. PNK cakap ada urusan lain. Sempat lagi si gadis berjanji akan call semula pada hari Jumaat 15 Febuari jam 5 petang.

13. Seperti yang dijanjikan semalam si gadis menelefon lagi. Kali ini dengan nombor 03-22039888. PNK angkat dan beritahu tidak berminat dengan DIA. . Jangan ganggu hidup saya lagi.. saya sudah ada 2 anak seorang bini.. :)

14. Maka tamatlah perbualan PNK dengan si Gadis TeleMarketing

15. Cuma PNK nak beritahu bahawa jika ada pihak yang cuba untuk mendapatkan Data Peribadi anda, Anda ada kuasa untuk tidak memberi. Walau apapun justifikasi dan alasan yang mereka bagi (spt perbualan direkodkan, dsb) jangan lah cuba memberi Data Peribadi anda yer.. Takut disalahguna pada kemudian hari.

14. Data Peribadi adalah hak anda. Kerajaan dah wartakan satu Akta Perlindunagan Data Peribadi awal Januari 2013. Klik sini untuk beritanya..

15. Nak tahu Akta yang lengkap boleh muat turun di sini.

16. Maklumat lanjut atau nak buat aduan mengenai penyalahgunaan Data Peribadi anda boleh lawat web Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

17. Sekiranya anda menerima panggilan TeleMarketing. Anda berhak bertanya kepada pemanggil butiran-butiran seperti:

Nama Penuh Pemanggil
Nama Ibu (sebagai pengesahan)
No. Kad Pengenalan Pemanggil
Alamat pemanggil mengikut Kad Pengenalan.

18. Dapatkan maklumat atau tanyakan kepada pemanggil dari manakah beliau mendapat nombor telefon anda atau pihak manakah yang memberi kebenaran kepada beliau menggunakan data peribadi anda.

19. Tanyakan kepada pemanggil adakah beliau telah mendapat kebenaran bertulis mengikut seksyen 4, Akta Perlindungan Data Peribadi.??  Taubat lahum depa tak akan call lagi..

20. Kalau rasa nak layan jugak.. PNK tak ada halangan tapi try buat macam yang brother ni buat..
memang sempoi la...



 http://www.youtube.com/watch?v=a3l6HqUx0Eg

-Pok Nik Kaya @ Abu Fatih-











Tuesday, February 12, 2013

Jawatan Kosong Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS)

Sumber Gambar :Google.

1. PNK sibuk 4 bulan. Tak sempat masa nak berkongsi ilmu dalam blog. Sibuk dan Malas.

2. Akan kembali menulis selepas selepas ini. Semester baru penuh dengan penyelidikan. 

3. Tak perlu gusar lewat pergi ke kelas :)

4. Selamat Tahun Baru buat pembaca berbangsa Cina. Semoga tahun ular rezki kencang macam ular terbang.

5. Berita baik sempena tahun ular. Ada kekosogan Jawatan sebagai Penyelia Perlindungan Sinaran (Radiation Protection Supervisor) di Institut Penyelidikan & Perundingan YaPEIM di Kuala Lumpur

5a. Institut Penyelidikan & Perundingan YaPEIM terlibat dalam perniagaan membekal mesin XRF kepada Ar-Rahnu YaPEIM untuk uji kandungan emas dalam barang gadaian.

6.  Status Jawatan: Sepenuh Masa

7. DIPERLUKAN DENGAN KADAR SEGERA

8. Kelayakan: Sarjana Muda (bidang berkaitan dengan sinaran, nuklear & perlindungan sinaran)

9. Jika mempunyai Sijil Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) Tolokan Nuklear satu kelebihan.

10. Jika tiada? Akan dihantar untuk mengikuti Kursus RPO.

11. Diskripsi tugas: Membantu RPO dalam melakukan tugas permonitoran radiasi, Dokumetasi hal pekerja sinaran, Lencana Filem, Meter Tinjau dan segala perkara yang berkaitan dengan Akta 304.

12. Berminat? emel Resume anda ke sfmf84@yahoo.com.my

13. PNK ucapkan selamat mencuba bagi sesiapa yang berminat.

-Pok Nik Kaya @ Abu Fatih-