USM Bloggerz

Tuesday, September 25, 2012

Nak beli kasut pun kena X-Ray ke ?


1. Kenal nama Dr. Scholl kat atas nie? Dr Scholl ni hebat, sebab boleh rawat orang sakit dan pandai buat kasut sendiri. Jenama Scholl tu dia punya la.

2. Ini hari PNK nak cerita pasal X-Ray kasut bukannya pasal Dr. Scholl.

3. Dulu dulu masa atok PNK kerja dengan British, orang putih kata pernah kena X-Ray masa nak beli kasut.

4. Betul ke tidak? PNK musykil dan terus tanya En Google.

5. Betul memang ada. Dulu-dulu masa era 1920 - 1960, semasa proses try kasut,  pembeli akan scan kaki dengan X-Ray nak tengok kasut yang dia beli tu sesuai ke tidak dengan kaki..

6. Alat yang digunakan tu namanya Shoe Fitting Fluoroscope ataupun Pedoscope.

7. Alat ini menggunakan tiub X-Ray yang diletakkan di bawah kaki pemakai kasut. Tenaga X-ray yang digunakan 50 kVp.  Masa dedahan pula kira kira 20 saat. Lama tu kena X-Ray. ANU pun kena X-Ray secara tak langsung tu..hehehe



Punca Gambar : Google

8. Macam gambar di atas ni. Kasut baru bersama kaki pemakai akan dimasukkan ke dalam lubang di bawah tu. Semasa di scan dengan X-Ray,  pembeli dan jurujual akan meneropong kaki itu ikut corong di bahagian atas tu. Jadi boleh la nampak kaki sendiri siap boleh gerak gerakan ibu jari lagi tu.. :)

Punca Gambar : Google

9. Lepas dah puas hati kasut tu sesuai dengan pembeli. maka pembeli kena la buat bayaran dan pembeli akan dapat sekali resit bayaran dan sijil LULUS BELI KASUT, kalau rasa tak sesuai pembeli boleh minta jurujual buatkan kasut khas.


Punca Gambar : Google

10. Ini semua kes nak perfect la nie. Baru la Amarekaa... Kalau pakai kasut tak sama dengan bentuk kaki boleh merosakkan lagi kaki. Tidak ergonomik dan memudaratkan lutut untuk jangka masa  panjang... Lagi lagi untk mereka yang chubby chubby.

11. Kamu mesti pernah tengok tapak kasut haus sebelah kan. Tu kes kaki senget la tu. Tu la sebabnya orang Amareekaa scan dulu kaki bersama kasut mereka nak beli.. Mereka nak pastikan kasut sesuai dengan kaki. Kalau kaki senget dan lari balancing, mereka tempah khas ikut struktur kaki mereka.

12. Dari segi perlindungan sinaran. Amalan ini scan kaki suka hati ini tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk dilakukan lagi. Kerana risiko yang dihadapi oleh pembeli kasut lebih tinggi daripada manfaatnya.

13. Kajian yang dilakukan oleh Bavley (1950) menunjukkan kesan serakan X-Ray daripada mesin tu 6000 kali ganda daripada bacaan radiasi dari persekitaran.

14. Bavley (1950) mendedahkan seorang model kasut terpaksa dipotong kakinya selepas mengalami Radiation Burn yang teruk pada kaki nya.

15. Seorang makcik jurujual juga kena dermatitis pada tangan kerana asyik memasukkan tangan dalam pancaran X-Ray untuk betulkan kaki pembeli selama 10 tahun.  PNK rasa itu kesan stokastik yang dah berlaku.

16. Kajian terbaru daripada Oster-Schmidt (2002) and Smullen (2007) juga menunjukkan terwujudnya
Basal Cell Carcinoma atau senang kata kanser kulit hasil daripada penggunaan mesin ini.

17. Nak Amareekaa sangat..kan dah kena kanser. Banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk dapatkan kasut sesuai. Tak perlu pakai X-Ray pun..


Punca Gambar : Google
Isodose Curve Serakan X-Ray mesin Pedoscope


18. Tapi jangan dirisaukan sebab mesin tu pun dah kena BAN dengan Kerajaan Amerika tahun 1960 an lagi.. Kalau ada terjumpa kat Malaysia nie habaq kat PNK tau. PNK nak beli buat masuk muzium.

19. PNK pakai kasut Asadi Ultra Lite15  ringit jer. Ringan dan mudah untuk dibawa ke sana kemari. :)

20. PNK dah tak sakit lutut lagi.. :)




-Pok Nik Kaya-

12 comments:

  1. Replies
    1. :) gelagat orang nak buat laku barang macam tu la..

      Delete
  2. nak buat kasut kena x-tray..mungkin nak tengok tulang kaki kot kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu..depa nak tgk tulang kaki belok ke tidak

      Delete
  3. Kesian dorangkan tak pasal2 dah dapat sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Syiela..dulu dulu mana ada kesedaran bahaya radiasi nih.

      Delete
  4. Siksanya nak beli kasut baru....macam nk gi doktor... pakai selipo jepun aje le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul itu yang terbaik..tapi yg tak baiknyer Pok Nik selalu melecet kat celah ibu jari tu.

      Delete
  5. nak beli kasut pun banyak prosedur. ish3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu prosedur zaman dahulu kala. :)

      Delete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.