1. Petang tadi nyaman di USM. Hujan lemah gemalai dari zuhur sampai ke asar.
2. PNK Kantoi tidoq dengan dalam lab dengan Prof SK. Hehehe. Keperluan badan perlu diutamakan. Betul tak?
3. Balik kelas dalam hujan lemah gemalai PNK diajak kawan, Pok We dan Wan Zul pi minum kasik panas balik badan.
4. Jalan punya jalan punya jalan..jumpa satu kedai sebelah masjid USM.
5. Tengok brother sebelah sedap layan minum teh O. Tapi pelik sebab teh O tu ada daun, macam daun sup jer bentuknya.
6. Heran tengok orang sini minum teh O daun sup.
7. PNK rasa nak try. PNK panggil akak buat air. "Kak kasi teh O macam daun sup satu.."
8. Tunggu 4 minit, teh O daun sudah mari. Bau harum wangi..
9. Bismillah..PNK teguk slow slow..tu dia.. memang layan. Sedap !!..Brother sebelah jeling jer..
10. Borak punya borak..habis segelas teh O daun. Angkat punggung pi bayar. RM 1.20 jer.
11. Akak buat air tanya sedap tak? PNK kasik 2 ibu jari menegak pada dia..
12. Akak buat air pesan. Kalau nak minum sedap, daun kena letak dalam teh O panas. kalau letak dalam teh o beng / ais. Kesan tak POWER.
13. Balik hostel PNK cari info pasal teh O daun nie.. jumpa kat blog OldTraffords dan blog Sitik.
sumber gambar : Google
14. Banyak khasiat daun ni rupanya. Antaranya membantu penghadaman, atasi gastrik dan boleh kurangkan lelah dan batuk. Selain itu boleh membantu mengintimkan hubungan dengan adanya nafas yang wangi :)
15.PNK nak bagitau pasal Daun Teh, yang daun teh ni pula merupakan bahan antioksidan yang baik, yang amat mudah dan murah untuk diperolehi berbanding bahan antioksidan yang lain.
16. Teh amat sesuai diminum untuk mereka yang terlibat samada bekerja atau yang pernah menerima dedahan X-Ray / bahan Radioaktif .
17. Kesan radiasi boleh meningkatkan bilangan radikal bebas dipanggil Hydrogen Peroxide dalam badan.
18. Bahan antioksidan daripada TEH la yang boleh kurangkan bilangan radikal bebas ini.
19. Jadi bila digabungkan khasiat Daun Teh dan khasiat Daun Pudina maka wujudlah kesan positif berganda kepada kesihatan anda.
20. Siapa yang rasa banyak unsur RADIKAL dalam jiwa.. kerap kerap la keluar
menGETEH dengan rakan rakan. Semoga lebih dapat memahami perasaan
masyarakat lain ;)
22. Tapi kalau rasa tak jumpa Daun Pudina tapi berkeras juga nak buat Air Teh Daun macam kat bawah ni
23. Pi ambil Ubat Gigi Colgate Kotak Hijau bancuhkan bersama dengan teh O (kalau letak color lain tak jadi) . Comfirm rasanya SAMA malah kesannya lagi HEBAT dari Teh O Daun Pudina. Hehehe
sumber gambar : Google
24. Selamat mencuba Teh O Colgate Cret Breeet. :p
-Pok Nik Kaya-
Erk kalau teh o pudina tu mcm menarik jer..
ReplyDeleteteh o colgate tu takut plak nk cuba haha
kena cuba baru la tau..ada hikmah sebalik berani mencuba tu.hikhihk
Deletehohoho..best ke? kang keracunan mknn pulak..
ReplyDeletesape nak jwb?
Cik misi la tolong jawapkan..
DeleteMemang pernah cuba teh tambah pudina. Segar. Tapi tidaklah sebanyak yang ditunjukkan dalam gambar tu. Cuma satu atau 2 helai daun sahaja.
ReplyDeleteTapi, kalau nak letak colgate....hahaha...lebih baik makan terus ubat gigi tu... :)
Pok Nik dulu pernah kena makan ubat gigi oleh SR masa kat asrama..
DeleteEiii..... tak mo OKje minum teh pudina..... macam makan colgate ..... biar le 10 kali minum green tea pun sanggup!!! he...he...
ReplyDeleteOo...kutuk teman ye...... idak le teman marah.....teman suke!!! hainomkan... OKjer... he...he...
green tea tak sedap hainom Okje..teh pudina nie sedap puluh kali ganda..Pok Nik dah ketagih. hehehe
Deletecolgate? haa..biar betul.
ReplyDeletecolagate la tu..bukanya Kodomo Lion..hehehe
DeleteHahaha ^_^ Teh O Colgate Cret Breeet ya Pok Nik @_@
ReplyDeleteYaa tepat sekali Cret Breeet Creet..@_@
Deletehahhaa, letak kusi depan jamban
ReplyDeletekenapa perlu depan?..dalam la mudah..
Deletekat belakang rumah nenek ada daun pudina ni. boleh la try ni. haha. tak pun, colgate ade.. kalau dah teringin sgt nak mencube tu. hahaha
ReplyDeletehidup juga yer daun pudina kat sarawak..Pok Nik ingat ada kat penang jer.. :)
Deletewahahaha....blh jual ni...
ReplyDeletearea sentul tak ada lagi nie..boleh try buat bro..
Deletememang sedap klu campur sedikit pudina. Ais krim perisa pudina pun ok juga
ReplyDeleteais krim pudina? mana boleh Pok Nik dapatkan..
Deletemmg byk kelebihan daun pudina ni ^^
ReplyDeletememang banyak pun..tu Pok Nik dah ketagih minum,,
DeleteAssalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.