USM Bloggerz

Wednesday, September 19, 2012

Pok Nik ditahan REMAN



1. Ehem..ehemm.. testing..testing. PNK tak pernah kena reman pun. Tapi blog PNK radiationsc.blogspot.com yang kena.

2. PNK baru boleh masuk semula ke atas talian. Ini semua kes blog PNK kena tahanan reman oleh En Google.

3. Kisah bermula Jumaat lepas 14 September. Kira kira pukul 12 malam. Balik dari minum malam, buka email ada satu email pertuduhan. Buka Dashboad Blogger, nama blog dah kena LOCK.

4. Tak tahulah apa sebab sebenar blog PNK kena tahanan reman. Menurut email pertuduhan yang dihantar oleh En Google, blog ni telah dikenalpasti sebagai BLOG SPAM YANG BERPOTENSI.

5.  Fuhh rasa gugur jantung bila blog yang baru yang berada atas talian seminggu dah kena tuduhan macam tu. Hebat tuu..hehehe

6. Ini semua PNK rasa kerja Automatic Spam Detector En Google yang tak dikalibrasi lagi.

7. PNK terus hantar permohonan untuk menghentikan tahanan reman ke atas blog ini. En Google maklumkan 2 hari untuk proses penilaian semula.

8. Tapi selepas 3 hari proses soal siasat baru la blog PNK dibebaskan tanpa ada sebarang ikat jamin ataupun arahan berkelakuan baik. Syukur dapat berkongsi semula perkara yang baik dengan masyarakat.

9. Tapi bila ditengok daripada sudut positif banyak PNK boleh belajar . Secara tak langsung PNK juga bercuti daripada terkena radiasi skrin komputer ni. :)

9a. Ada radiasi ke daripada skrin komputer ?? Jeng..Jeng..Jeng..sila jawap siapa yang bijak pandai. :)

10. Sepanjang proses soal siasat dilakukan, PNK banyak mencari maklumat mengenai isu ini. Antaranya yang PNK nak kongsikan seperti berikut:

- Buat blogger yang berniaga online atau pun blog yang banyak isi kandungan dan sayang dengan isi kandungan blog serta ramai kawan pengikut, dicadangkan pakailah domain sendiri. Jadi En Google tak kacau sebab kita ada hosting sendiri dan tak menumpang dalam storage En Google.

- Kalau dah kena reman, peluang untuk dapatkan semula blog tu 50 - 50. Kalau tak kena pertuduhan bagus la, kalau disabitkan kesalahan terus lenyap blog kamu dalam alam siber.

- Satu lagi blogspot kan percuma dan ianya milik En Google, kalau orang nak laporkan blog kamu sebagai SPAM pun boleh. En Google boleh buat tahanan reman untuk siasatan ke atas blog kamu.

11. Itu sahaja dari PNK buat hari ini. Happy Blogging :)


-Pok Nik Kaya-

22 comments:

  1. la ingat kan keno tehe ko polis tadi. hahahaha.. ramai blogger yang kena gitu, baru2 ni budok tino, keno gitu jugok. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biaso la tu rif..pengalaman mematangkan..

      Delete
  2. la ye ke?!? heheh oklah tu... at least dapat cuti... :P daripada blogger lain yang mati akal nak cari idea menulis... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora karim: tu la susah mencari idea ni..time ada idea masa pula tak ada..

      Delete
  3. oh cam tu eh... complicated jugak blogging ni ek...tak sangka!! baru tau! TQ PNK sharing information...

    ReplyDelete
  4. Ohh cam tu ya,sekarang susah mencari idea bang..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ide tak perlu dicari.. ide yang cari kita sihh

      Delete
  5. Mak aih pok nik, gengster di alam cyber nih haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok Nik gangster dalam video game jer..hehe

      Delete
  6. tapi nak ber'domain' kena bayar RM25 setahun kalau tak silap hehe.. dan lagi kita2 ni selalunya suka yg free. tak apa.. nanti ber'domain' kalau seru dah sampai hehehe.. kalau blogger tengelam timbul macam aku ni memang yg free ajalah nampaknya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala bayar 25 setahun kalau dibayar dalam sehari cuma Rm 0.068 sen jer.. hehe. :P

      Delete
  7. EXCELLENT PNK....terlepas dri tahanan reman en google....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok Nik buat macam cerita prison break..tu lolos dari reman tu.

      Delete
  8. haha biasa la anak angkat google ni sebab tu dia jaga baik punya...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru pok Nik tau dalam google pun ada jaringan keluarga ye..

      Delete
  9. Baru tahu benda nie boleh terjadi...
    Thanks Pok Nik for the info...
    Ini pengajaran yang berguna buat saya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama Wilma..tahniah sebab guna domain sendiri, :)

      Delete
  10. syabaas pok n ik terlepas dari tahanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama syiela.. kalau tak lepas lagi tak berjumpa la kita di alam maya nie :)

      Delete
  11. mcm tu pun ada eh. baru ku tahu..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik datang Suburbanzero jenguk blog Pok Nik. tapi kalau ada modal tu cari la domain sendiri yer..

      Delete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.