USM Bloggerz

Tuesday, October 2, 2012

"Makcik Bedah...saya nak beli Pisang Goreng BeRADIOAKTIF 2 ringgit"



1. PNK kembali bersiaran. maaf sibuk mencari dunia sampai tak sempat berkongsi dengan masyarakat.

2. Wordless Wedneday #2 PNK ada letak gambar epal yang ada simbol radioaktif..

3. Kawan bloger PNK seperti Puterikasih cakap epal tu x boleh makan...Si Caliph Shuriken pulak suruh kuarantin epal tu..wakaka..memang terbaekk la kamu.

4. Hari ni PNK nak kasi tau tentang makanan lain yang ada radionuklid semulajadi ataupun bahan radioaktif semulajadi dalam kandungannya..

5. Boleh dikatakan setiap makanan kita ada sedikit radionuklid semulajadi...tapi kuantitinya amat amat amat amat kecil dan selamat dimakan begitu saja.. :)

5. Penyumbang utama kandungan radiasi dalam makanan adalah Potassium-40 dan Radium-226.

6. Hayat depa berdua ni panjang. Si Potassium-40 umur dia boleh sampai 1.248 x 109 (1 248 000 000) tahun baru dia mati. Radium-226 pulak boleh hidup 1600 tahun. Kira 2 makhluk ni macam SAKA la..hahaha. Tuan mati dia tak mati lagi.

7. Jadi 2 radionuklid ni dah lama ada dalam persekitaran. Potassium tu bentuknya macam garam mineral dan ada semulajadi dalam tanah. Radium tu pulak anak kepada uranium.

8. Mereka berdua ni boleh masuk dalam rantai makanan melalui pokok-pokok yang hidup. Pokok akan menyerap air yang mengandungi Potassium atau pun Radium ni ketika melakukan proses Fotosintesis.

9. Jadi bila dah masuk dalam pokok, pokok dimakan oleh lembu. 2 SAKA  tu berpindah pula ke badan Si Lembu. Si Lembu pula PNK sembelih buat gulai. Bila PNK makan lembu, berpindah la 2 makhluk tu dalam badan PNK pula. Bila PNK mati kembali la 2 makhluk tu ke TEMPAT ASALNYA semula. Begitulah kitarannya.

-Lembu Gemok yang membawa SAKA-
sumber gambar: google



10. Potassium-40 yang ada dalam badan manusia adalah penyumbang utama kepada radioaktiviti manusia. Kira kira ada 0.0187 gram Potassium-40 ada dalam badan manusia.


11. Contoh makanan yang ada di negara kita yang mempuyai Potassium-40 yang tinggi adalah Pisang.

12. Nanti masa kamu beli pisang gorang cuba cakap macam nie.."Makcik Bedah...saya nak beli Pisang Goreng Beradioaktif 2 ringgit."  Ada berani ?


Radioaktiviti Semulajadi Dalam Makanan
Makanan40K
pCi/kg
226Ra
pCi/kg
Pisang3,5201
Brazil Nuts5,6001,000-7,000
Lobak Merah3,4000.6-2
Kentang Putih3,4001-2.5
Bear 390---
Daging Merah3,0000.5
Lima Bean4,6402-5
Ayaq Minum---0-0.17
-Lain-lain contoh makanan yang ada SAKA-


 

 -Brazil Nut-
sumber gambar: google


 -Lima Bean-
sumber gambar: google


13. Lima Bean tu kacang apa eh? macam kacang parang pun ada..Sapa boleh tolong PNK jawap.??


-Pok Nik Kaya-



14 comments:

  1. Nice info...Tak tahu plak selama nie radionuklid semulajadi ^_^

    ReplyDelete
  2. Ohh... macam tu cite dia...he..he...baru tau.... tapi kesian tengok lembu mengandung tu... sarat beno nampaknya ...nak tido mesti mengah tu.... patut le syurga di bawah tapak kaki ibu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom ni mmg ada sifat keibuan yg tinggi.la..pok nik pun x perasan lembu tu ngandung..ingtkan mmg gemok.makan rumput bnyk..hehe

      Delete
  3. oh gitu cite dia..hehe..dh mcm paranormal saka2 ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paranormal tu entah entah radiasi kot..hehe

      Delete
  4. huuuuu..lamo poknik menghilang. hehehe. dah datang kembali. hehehe bagus betul pok nik ni.. disebalik perkongsian, dapat jugak ilmu berkaitan dengan radioaktif ni.. timo kasih pok nik. hehehe..

    #guano lembu tu sihat molek tu? subur bebenor tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok nik sibuk siapkan asingment rif..tu tak muncul lama. Tu lembu special tu sihat molek..haha

      Delete
  5. Mat Jo selalu beli pisang, tapi tak pernah cuba lagi minta pisang radioaktif kat tokey kedai, ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cube mintak sekali jo..mana la tau tokey kedai ada simpan stok..

      Delete
  6. tak sangka pisang tu ada bawaan saka.. oh tidak tak mo makan pisang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syila pisang baik utk penghadaman la.. :) Saka akan terbuang dengan sendiri punya hikhihk

      Delete
  7. Hahah, kang mak cik tu bagi betul-betul. Naya saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mak cik tu bagi ambil jer la.. pastu cakap terima kasih makcik sebab kasi free :)

      Delete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.