USM Bloggerz

Saturday, February 16, 2013

Jawatan Kosong QC Assessor



1. Lagi berita baik dihujung minggu. Jawatan kosong sebagai QC Assessor (Penilai Ujian Kawalan Kualiti) di Gamedix Sdn Bhd.(Subang Jaya)

2. Gamedix Sdn Bhd merupakan syarikat Kelas H yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjalankan aktiviti berasaskan aspek keselamatan sinaran meliputi jaminan kualiti Mesin Sinar-X, Pemecut Linear (LINAC) dan pelbagai lagi. Maklukmat lanjut mengenai syarikat boleh klik sini . Gamedix Sdn Bhd.  

3. Status jawatan: Sepenuh Masa (Lelaki Sahaja)

4. Kelayakan: Sarjana Muda (Fizik Perubatan, Sinaran Perubatan, Fizik Kesihatan, Fizik Gunaan, Fizik Tulen )

5. Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia untuk berkerja luar daerah termasuk Sabah dan Sarawak.

6. Siswazah baru tamat belajar amat digalakan memohon.. Latihan akan diberi. 

7. Jika mempunyai Sijil Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) satu kelebihan.

8. Diskripsi tugas:  Menjalankan Ujian Kawalan Kualiti (QC) Radiologi mengikut Malaysian Standard (MS838), Bekerja rapat dengan Perunding Fizik Perubatan dan Penyelia Perlindungan Sinaran berkaitan kerja kerja QC Radiologi.

9. Berminat boleh emelkan resume anda ke gamedix1@unifi.my

10. Hanya yang disenarai pendek akan dipanggil temu duga. ;)

11. Selamat mencuba. Rezeki ada di mana mana, yang penting pandai mencari dan pandai berkomunikasi.


-Pok Nik Kaya @ Abu Fatih-










1 comment:

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.