USM Bloggerz

Saturday, February 16, 2013

Cara Untuk Lepaskan Diri dari TELEMARKETING






1. Pernah terkena panggilan dari mana mana syarikat yang promosikan insurans, kad kredit dan ubat kuat?

2. PNK lama dah tak terkena. Minggu lepas hari Khamis terangkat satu nombor 03-2209688. 

3. Ingatkan ada mana mana syarikat call nak bagi Job. Rupa-rupanya TeleMarketing. Aduhai.. dah terangkat layan jugak la.

4. Gadis dengan suara yang lemah lembut berada dihujung talian. Katanya dari Maxis. Minta mengesahkan no tel PNK.

5. Elok lepas PNK sahkan nombor, dia buka la cerita mengenai Insurans. Hehe

6. Terkena sudah.. nak putuskan panggilan Kurang Ajar Pulak.. nanti jadi kes macam Kak Pah Listen Listen Listen.


 Sumber Gambar: Google

7. Disebabkan ada perasaan hormat pada gadis itu, PNK pun dengar celoteh dia. 

8. Kemahiran gadis telemarketing  mengatur ayat bagus , Nada bercakap bagus, Diselitkan unsur unsur humor. PNK boleh kasik 8/10 untuk kemahiran berkomunikasi beliau.

9. Perbualan hampir 10 minit. Hujung perbualan si gadis ada  meminta no Kad Pengenalan PNK. Katanya untuk dimasukkan dalam sistem. 

10. Ini tidak BOLEH. Ini sudah jadi Data Peribadi PNK. Tidak sama sama sekali PNK akan memberikan butir peribadi melalui talefon kepada orang yang tidak kita nampak mukanya dan kenalinya.

12. Jadi PNK minta diri dengan berhemah. PNK cakap ada urusan lain. Sempat lagi si gadis berjanji akan call semula pada hari Jumaat 15 Febuari jam 5 petang.

13. Seperti yang dijanjikan semalam si gadis menelefon lagi. Kali ini dengan nombor 03-22039888. PNK angkat dan beritahu tidak berminat dengan DIA. . Jangan ganggu hidup saya lagi.. saya sudah ada 2 anak seorang bini.. :)

14. Maka tamatlah perbualan PNK dengan si Gadis TeleMarketing

15. Cuma PNK nak beritahu bahawa jika ada pihak yang cuba untuk mendapatkan Data Peribadi anda, Anda ada kuasa untuk tidak memberi. Walau apapun justifikasi dan alasan yang mereka bagi (spt perbualan direkodkan, dsb) jangan lah cuba memberi Data Peribadi anda yer.. Takut disalahguna pada kemudian hari.

14. Data Peribadi adalah hak anda. Kerajaan dah wartakan satu Akta Perlindunagan Data Peribadi awal Januari 2013. Klik sini untuk beritanya..

15. Nak tahu Akta yang lengkap boleh muat turun di sini.

16. Maklumat lanjut atau nak buat aduan mengenai penyalahgunaan Data Peribadi anda boleh lawat web Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

17. Sekiranya anda menerima panggilan TeleMarketing. Anda berhak bertanya kepada pemanggil butiran-butiran seperti:

Nama Penuh Pemanggil
Nama Ibu (sebagai pengesahan)
No. Kad Pengenalan Pemanggil
Alamat pemanggil mengikut Kad Pengenalan.

18. Dapatkan maklumat atau tanyakan kepada pemanggil dari manakah beliau mendapat nombor telefon anda atau pihak manakah yang memberi kebenaran kepada beliau menggunakan data peribadi anda.

19. Tanyakan kepada pemanggil adakah beliau telah mendapat kebenaran bertulis mengikut seksyen 4, Akta Perlindungan Data Peribadi.??  Taubat lahum depa tak akan call lagi..

20. Kalau rasa nak layan jugak.. PNK tak ada halangan tapi try buat macam yang brother ni buat..
memang sempoi la...



 http://www.youtube.com/watch?v=a3l6HqUx0Eg

-Pok Nik Kaya @ Abu Fatih-











No comments:

Post a Comment

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.