1. Gambar basikal kat atas ni dah lama PNK peramkan dalam Draft.
2. Peram dalam Draft sebab tak tahu nak panggil nama apa basikal ni.
3. PNK terjumpa basikal ni hadapan dewan Konvokesyen USM bulan 9 lepas lagi.
4. Terkejut PNK bila tengok budak kat atas ni bawa keluar basikal dari dalam beg, buka lipatan, luruskan apa yang patut. Puppp Jadi Basikal.
5.PNK sempat tangkap gambar masa budak tu sibuk jawap soalan orang yang terpegun bertanya.
6. Budak itu kata basikal pelik tu harganya RM 8000. Dia beli di Langkawi.
7. Tak sempat PNK nak tanya apa nama model basikal pelik tu, dia dah hilang meninggalkan depan dewan..
8. Malam tadi PNK tanya kat abg Google, macam macam PNK tulis untuk dapatkan jawapan dia. "Basikal roda kecil di belakang" , "Weird Design Bicycle", "Basikal Lipat Dua" Semuanya tak ada jawapan.
9. PNK cuba tulis" Portable Bicycle". ada keluar gambar serupa macam basikal pelik budak tu bawa.
Sumber gambar: http://www.besportier.com
10. Rupanya nama basikal pelik tu "Yike Bike" . Bukan Basikal tetapi jenis kenderaan ala ala motorsikal. Kalau basikal kena kayuh kan?
11. PNK cari lagi maklumat. Tanya abg Google tulis pulak "Yike Bike"
12. Jumpa maklumat lanjut mengenai Yike Bike di Wikipedia.
13. Rangka dibuat daripada Komposit Karbon Fiber, Berat lebih kurang 9.8 kilogram, kelajuan maksimum 23km/jam, guna tenaga elektrik daripada bateri untuk gerakkan enjin.
14. Boleh lipat dalam masa 20 saat saja.
Sumber gambar: http://www.besportier.com
14. PNK rasa macam nak beli.. TAPI bila tengok berat maksimum yang boleh tanggung hanya 100 Kg, terfikir 2 3 kali juga. PNK punya berat sipi sipi saja.. :)
15.Ada rasa teruja sebab berat masih dalam limit dibenarkan, PNK cuba cari di mudah.my. Rupanya ada jual di Kota Bharu. Dekat jer dengan rumah PNK. Harga nya RM 7500. Murah lagi dari budak tu beli.
16. PNK simpan hasrat jadi kurus sikit dan nak beli satu la nanti..boleh guna waktu petang bawa pusing pusing taman. Yike Bike handlenya di belakang, boleh berlagak la nanti jengan jiran jiran ..hehe
17. Boleh lipat lipat simpan dalam rumah lagi. Pegang sebelah tangan jer bawa masuk dalam rumah, COOL bro ..macam bawak laptop. :)
Sumber gambar: http://www.besportier.com
18. Tapi bila terkenangkan dengan harga RM 7500 tu, PNK boleh dapat 10 biji Kapcai Bike. PNK batalkan hasrat murni itu.
Sumber gambar: Google
Sumber gambar: Google
Sumber gambar: Google
19. Seangkuh mana pun membawa Yike Bike sebelah tangan, ia tetap tak boleh lawan keEGOan Kapcai Bike yang perlu diangkat beramai ramai. Batal lagi hasrat murni PNK.
Sumber gambar: Google
20. YIKE BIKE mungkin mesra alam sebab tak guna petrol. Tapi ianya tidak boleh BERMESRA dengan alam seperti KAPCAI BIKE boleh buat :) Batal lagi hasrat murni PNK
Sumber gambar: Google
21. Dan bila difikirkan YIKE BIKE hanya boleh bawa beban maksimum 100kg, tapi KAPCAI BIKE tetap setia membawa beban yang lebih ke mana mana. PNK batalkan terus niat untuk tempah YIKE BIKE .
Sumber gambar: Google
22. PNK tetap setia dengan Kapcai Bike walaupun tempat duduk penuh hingga ke belakang. :)
-Pok Nik Kaya-
Unik ^_^ Tapi, personally, Wilma tak confident boleh naik...Takut jatuh...
ReplyDeleteSangat menarik, tapi dgn RM7500 tu I think I'll pass. The concept is really cool tho.
ReplyDeleteMahal sangatlah,tak tahu boleh tahan tak bateri dan motornya.
ReplyDeleteRasa tak berbaloi pula, yang berduit lebih ok kot
ReplyDeletebaru tau ni PNK... teruja pula rasanya.. tapi kalau saya pakai kembar dua orang tu sya nak letak kat mna pulak PNK kekekke
ReplyDelete