USM Bloggerz

Thursday, October 11, 2012

nak pi BUTTERWORTH ka GEORGETOWN ?




1. Amacam Teh O Daun.. Ok tak..? Ke ada jugak yang gatai tangan pi buat Teh O Colgate Kotak Hijau..PNK tak tanggung kos perubatan kalau kena masuk wad. Hehehe

2. Selamat Menduduki Peperiksaan PMR untuk adik adik cilik di luar sana. :)  Hari ni PNK nak berceloteh berkaitan dengan subjek Geografi yang pernah PNK ambil masa tingkatan 3.

3. Kisah macam ni, hari rabu 3 Oktober lepas. PNK dan Pok We pakat nak balik kampung naik bas. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup naik bas ekspress dari Penang ke Kota Bharu.

4. Malam tu, terus pergi terminal bas Sungai Nibong pi beli tiket untuk balik hari Jumaat nanti. Sampai sana banyak ulat tiket tahan suruh beli tiket dengan mereka.

5. PNK senyum je dengan ulat-ulat tiket tu. Boo layan sama mereka.

6. PNK tak beli punya dengan ulat tiket..takut kena tinggal bas.. RISIKO tu.. melayang duit begitu saja

7. Jalan terus naik tingkat atas, pergi kaunter tiket bas Mutiara.

8.  "Kak kasi tiket balik ke Kota Bharu 2 orang, naik BUTTERWORTH.". Akak kaunter kata RM 70 untuk 2 orang.

9. Untung naik bas. Modal RM 35 sahaja seorang dari Penang ke Kota Bharu. Ada drebar, dan kita boleh lena tidur.

10. Pagi Jumaat lagi Pok We dah tanya pukul berapa bas bertolak. PNK cakap pukul 10 malam macam tulis atas tiket.


               punca gambar : Google                      



11. Pukul 9.00 malam, Wan Zul hantar ke terminal bas Sungai Nibong. Macam biasa ulat tiket masih banyak.

12. Sampai terminal bas, PNK dan Pok We cari kedai makan sementara tunggu bas sampai.

13. Siap makan ada lagi 5 minit  sebelum pukul 10 malam. PNK musykil sebab satu bayang bas Mutiara pun tak nampak..Lain-lain bas pergi Kota Bharu / pantai timur pun tak ada.  Bas pergi ke KL banyak la.

14. Nak sedapkan hati PNK kasi tiket ke Pok We suruh tengok sekali lagi. Betul bas pukul 10 malam.

15. Pok We suruh PNK tunggu di terminal sementara dia mengosongkan usus.

16. Jam dah pukul 10.15 malam. PNK baru nak pergi tanya ke kaunter, Pok We dah sampai dari tandas sambil tersengih sengih ke PNK.

17. Pok We keluarkan penyataan berikut "Cuba tengok tiket... Pukul 10 tu kat BUTTERWORTH. kita kat dalam Pulau.. BUTTERWORTH tu kat seberang pulau. kalau kat pulau kita panggil GEORGETOWN"


18. PNK pergi tanya kaunter tiket pula... "Bas dari Pulau bertolak jam 9 malam lagi. Pukul 10 malam sampai la kat Butterworth" akak kaunter tiket perjelaskan isu ini lagi.. PNK tersengih bila dengar penjelasan dia.

19. Patut la PMR dulu PNK dapat B untuk subjek Geografi. PNK memang musykil sejak dulu lagi antara Butterworth dan Georgetown.. Selalu sangat tertukar antara 2 tempat tu.

20. Kenapa la orang Penang dulu dulu letak nama tempat yang mengelirukan macam tu...(PNK sorang je kot yang keliru? Hehehe )

21. Jadi PNK nak pesan kepada adik adik yang sedang ambil peperiksaan PMR. Geografi itu penting untuk panduan perjalanan hidup adik adik bila dah tua nanti... Supaya tidak tersesat di negeri orang..

22. Jadi terpaksa la balik ke Kota Bharu dengan motokar Pok We. Rugi RM 70  :(



-Pok Nik Kaya-

7 comments:

  1. Tak pa PNK...Ini pengajaran bukan jak buat PNK tapi kami semua ^_^

    ReplyDelete
  2. Bas tu tau PNK Allergic asap bas!!!!radiation....he..he...

    ReplyDelete
  3. PNK sg nibong g klang bole la.. Bas dr KB x masuk pulau.. pas ni blaja naik feri plak deh? naik bas mini dr depan masjid USM..

    ReplyDelete
  4. haha saya pun tak berapa minat geografi...sekarang ni dah nampak dah kesannya huhu

    ReplyDelete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.