USM Bloggerz

Thursday, October 18, 2012

YIKE BIKE Basikal atau Motorsikal?


1. Gambar basikal kat atas ni dah lama PNK peramkan dalam Draft.

2. Peram dalam Draft sebab tak tahu nak panggil nama apa basikal ni.

3. PNK terjumpa basikal ni hadapan dewan Konvokesyen USM bulan 9 lepas lagi.

4. Terkejut PNK bila tengok budak kat atas ni bawa keluar basikal dari dalam beg, buka lipatan, luruskan apa yang patut. Puppp Jadi Basikal.

5.PNK sempat tangkap gambar masa budak tu sibuk jawap soalan orang yang terpegun bertanya.

6. Budak itu kata basikal pelik tu harganya RM 8000. Dia beli di Langkawi.

7. Tak sempat PNK nak tanya apa nama model basikal pelik tu, dia dah hilang meninggalkan depan dewan..

8. Malam tadi PNK tanya kat abg Google, macam macam PNK tulis untuk dapatkan jawapan dia. "Basikal roda kecil di belakang"  , "Weird Design Bicycle", "Basikal Lipat Dua" Semuanya tak ada jawapan.

9. PNK cuba tulis" Portable Bicycle". ada keluar gambar serupa macam basikal pelik budak tu bawa.

Sumber gambar: http://www.besportier.com

10. Rupanya nama basikal pelik tu "Yike Bike" . Bukan Basikal tetapi jenis kenderaan ala ala motorsikal. Kalau basikal kena kayuh kan?

11. PNK cari lagi maklumat. Tanya abg Google tulis pulak "Yike Bike"

12. Jumpa maklumat lanjut mengenai Yike Bike di Wikipedia.

13. Rangka dibuat daripada Komposit Karbon Fiber, Berat lebih kurang 9.8 kilogram, kelajuan maksimum 23km/jam, guna tenaga elektrik daripada bateri untuk gerakkan enjin.

14. Boleh lipat dalam masa 20 saat saja.

Sumber gambar: http://www.besportier.com



14. PNK rasa macam nak beli.. TAPI bila tengok berat maksimum yang boleh tanggung hanya 100 Kg, terfikir 2 3 kali juga. PNK punya berat sipi sipi saja.. :)

15.Ada rasa teruja sebab berat masih dalam limit dibenarkan, PNK cuba cari di mudah.my. Rupanya ada jual di Kota Bharu. Dekat jer dengan rumah PNK. Harga nya RM 7500. Murah lagi dari budak tu beli.

16. PNK simpan hasrat jadi kurus sikit dan nak beli satu la nanti..boleh guna waktu petang bawa pusing pusing taman. Yike Bike handlenya di belakang, boleh berlagak la nanti jengan jiran jiran ..hehe

17. Boleh lipat lipat simpan dalam rumah lagi. Pegang sebelah tangan jer bawa masuk dalam rumah, COOL bro ..macam bawak laptop. :)

Sumber gambar: http://www.besportier.com




18. Tapi bila terkenangkan dengan harga RM 7500 tu, PNK boleh dapat 10 biji Kapcai Bike. PNK batalkan hasrat murni itu.  

 Sumber gambar: Google



 19. Lagi pula, Yike Bike tak boleh mengendong orang ramai2 macam Kapcai Bike boleh buat. Batal lagi hasrat murni PNK.

 Sumber gambar: Google



 18. Walaupun Yike Bike ditunggang dengan cara pegang handle bawah punggung, ia tak boleh buat ditunggang macam Kapcai Bike boleh buat. Batal lagi hasrat murni PNK .

 Sumber gambar: Google



19. Seangkuh mana pun membawa Yike Bike sebelah tangan, ia tetap tak boleh lawan keEGOan Kapcai Bike yang perlu diangkat beramai ramai. Batal lagi hasrat murni PNK.

  Sumber gambar: Google


 
20. YIKE BIKE mungkin mesra alam sebab tak guna petrol. Tapi ianya tidak boleh BERMESRA dengan alam seperti KAPCAI BIKE boleh buat :) Batal lagi hasrat murni PNK

  Sumber gambar: Google



21. Dan bila difikirkan YIKE BIKE hanya boleh bawa beban maksimum 100kg, tapi KAPCAI BIKE tetap setia membawa beban yang lebih ke mana mana. PNK batalkan terus niat untuk tempah YIKE BIKE

   Sumber gambar: Google


22. PNK tetap setia dengan Kapcai Bike walaupun tempat duduk penuh hingga ke belakang. :)




-Pok Nik Kaya-

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #5


Thursday, October 11, 2012

nak pi BUTTERWORTH ka GEORGETOWN ?




1. Amacam Teh O Daun.. Ok tak..? Ke ada jugak yang gatai tangan pi buat Teh O Colgate Kotak Hijau..PNK tak tanggung kos perubatan kalau kena masuk wad. Hehehe

2. Selamat Menduduki Peperiksaan PMR untuk adik adik cilik di luar sana. :)  Hari ni PNK nak berceloteh berkaitan dengan subjek Geografi yang pernah PNK ambil masa tingkatan 3.

3. Kisah macam ni, hari rabu 3 Oktober lepas. PNK dan Pok We pakat nak balik kampung naik bas. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup naik bas ekspress dari Penang ke Kota Bharu.

4. Malam tu, terus pergi terminal bas Sungai Nibong pi beli tiket untuk balik hari Jumaat nanti. Sampai sana banyak ulat tiket tahan suruh beli tiket dengan mereka.

5. PNK senyum je dengan ulat-ulat tiket tu. Boo layan sama mereka.

6. PNK tak beli punya dengan ulat tiket..takut kena tinggal bas.. RISIKO tu.. melayang duit begitu saja

7. Jalan terus naik tingkat atas, pergi kaunter tiket bas Mutiara.

8.  "Kak kasi tiket balik ke Kota Bharu 2 orang, naik BUTTERWORTH.". Akak kaunter kata RM 70 untuk 2 orang.

9. Untung naik bas. Modal RM 35 sahaja seorang dari Penang ke Kota Bharu. Ada drebar, dan kita boleh lena tidur.

10. Pagi Jumaat lagi Pok We dah tanya pukul berapa bas bertolak. PNK cakap pukul 10 malam macam tulis atas tiket.


               punca gambar : Google                      



11. Pukul 9.00 malam, Wan Zul hantar ke terminal bas Sungai Nibong. Macam biasa ulat tiket masih banyak.

12. Sampai terminal bas, PNK dan Pok We cari kedai makan sementara tunggu bas sampai.

13. Siap makan ada lagi 5 minit  sebelum pukul 10 malam. PNK musykil sebab satu bayang bas Mutiara pun tak nampak..Lain-lain bas pergi Kota Bharu / pantai timur pun tak ada.  Bas pergi ke KL banyak la.

14. Nak sedapkan hati PNK kasi tiket ke Pok We suruh tengok sekali lagi. Betul bas pukul 10 malam.

15. Pok We suruh PNK tunggu di terminal sementara dia mengosongkan usus.

16. Jam dah pukul 10.15 malam. PNK baru nak pergi tanya ke kaunter, Pok We dah sampai dari tandas sambil tersengih sengih ke PNK.

17. Pok We keluarkan penyataan berikut "Cuba tengok tiket... Pukul 10 tu kat BUTTERWORTH. kita kat dalam Pulau.. BUTTERWORTH tu kat seberang pulau. kalau kat pulau kita panggil GEORGETOWN"


18. PNK pergi tanya kaunter tiket pula... "Bas dari Pulau bertolak jam 9 malam lagi. Pukul 10 malam sampai la kat Butterworth" akak kaunter tiket perjelaskan isu ini lagi.. PNK tersengih bila dengar penjelasan dia.

19. Patut la PMR dulu PNK dapat B untuk subjek Geografi. PNK memang musykil sejak dulu lagi antara Butterworth dan Georgetown.. Selalu sangat tertukar antara 2 tempat tu.

20. Kenapa la orang Penang dulu dulu letak nama tempat yang mengelirukan macam tu...(PNK sorang je kot yang keliru? Hehehe )

21. Jadi PNK nak pesan kepada adik adik yang sedang ambil peperiksaan PMR. Geografi itu penting untuk panduan perjalanan hidup adik adik bila dah tua nanti... Supaya tidak tersesat di negeri orang..

22. Jadi terpaksa la balik ke Kota Bharu dengan motokar Pok We. Rugi RM 70  :(



-Pok Nik Kaya-

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday #4




Thursday, October 4, 2012

Jom Cuba Teh 'O' COLGATE !!




1. Petang tadi nyaman di USM. Hujan lemah gemalai dari zuhur sampai ke asar.

2. PNK Kantoi tidoq dengan dalam lab dengan Prof SK. Hehehe. Keperluan badan perlu diutamakan. Betul tak?

3. Balik kelas dalam hujan lemah gemalai PNK diajak kawan, Pok We dan Wan Zul pi minum kasik panas balik badan.

4. Jalan punya jalan punya jalan..jumpa satu kedai sebelah masjid USM. 

5. Tengok brother sebelah sedap layan minum teh O. Tapi pelik sebab teh O tu ada daun, macam daun sup jer bentuknya.

6. Heran tengok orang sini minum teh O daun sup.

7. PNK rasa nak try. PNK panggil akak buat air. "Kak kasi teh O macam daun sup satu.."

8. Tunggu 4 minit, teh O daun sudah mari. Bau harum wangi..

9. Bismillah..PNK teguk slow slow..tu dia.. memang layan. Sedap !!..Brother sebelah jeling jer..

10. Borak punya borak..habis segelas teh O daun. Angkat punggung pi bayar. RM 1.20 jer.

11. Akak buat air tanya sedap tak? PNK kasik 2 ibu jari menegak pada dia..

12. Akak buat air pesan. Kalau nak minum sedap, daun kena letak dalam teh O panas. kalau letak dalam teh o beng / ais. Kesan tak POWER.

13.  Balik hostel PNK cari info pasal teh O daun nie.. jumpa kat blog OldTraffords dan blog Sitik.



sumber gambar :  Google

14. Banyak khasiat daun ni rupanya. Antaranya membantu penghadaman, atasi gastrik dan boleh kurangkan lelah dan batuk. Selain itu boleh membantu mengintimkan hubungan dengan adanya nafas yang wangi :)

15.PNK nak bagitau pasal Daun Teh, yang daun teh ni pula merupakan bahan antioksidan yang baik, yang amat mudah dan murah untuk diperolehi berbanding bahan antioksidan yang lain.

16. Teh amat sesuai diminum untuk mereka yang terlibat samada bekerja atau yang pernah menerima dedahan X-Ray / bahan Radioaktif .

17. Kesan radiasi boleh meningkatkan bilangan radikal bebas dipanggil  Hydrogen Peroxide dalam badan. 

18. Bahan antioksidan daripada TEH la yang boleh kurangkan bilangan radikal bebas ini. 

19. Jadi bila digabungkan khasiat Daun Teh dan khasiat Daun Pudina maka wujudlah kesan positif berganda kepada kesihatan anda.

20. Siapa yang rasa banyak unsur RADIKAL dalam jiwa.. kerap kerap la keluar menGETEH dengan rakan rakan. Semoga lebih dapat memahami perasaan masyarakat lain ;)

22. Tapi kalau rasa tak jumpa Daun Pudina tapi berkeras juga nak buat Air Teh Daun macam kat bawah ni

 

23. Pi ambil Ubat Gigi Colgate Kotak Hijau bancuhkan bersama dengan teh O (kalau letak color lain tak jadi) . Comfirm rasanya SAMA malah kesannya lagi HEBAT dari Teh O Daun Pudina. Hehehe

 sumber gambar : Google


24. Selamat mencuba Teh O Colgate Cret Breeet. :p


-Pok Nik Kaya-


Wednesday, October 3, 2012

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu

Sumber Gambar : 


1. Pagi tadi PNK baca status dari geng lama PNK. Sekarang dia kerja kat UMT

2. Katanya ada kerja kosong untuk jawatan bukan akademik. Tarikh tutup 10 Oktober 2012

3. Jawatan yang ada mcm berikut: 

     - Jururawat U29 
     - Pembantu Akauntan W17
     - Pengawal Keselamatan KP11
     - Penolong Pegawai Tadbir N27
     - Pembantu Tadbir N17
     - Pemandu Kenderaan R3


5. Selamat mencuba & semoga berjaya :)


-Pok Nik Kaya-

Wordless Wednesday #3


Tuesday, October 2, 2012

"Makcik Bedah...saya nak beli Pisang Goreng BeRADIOAKTIF 2 ringgit"



1. PNK kembali bersiaran. maaf sibuk mencari dunia sampai tak sempat berkongsi dengan masyarakat.

2. Wordless Wedneday #2 PNK ada letak gambar epal yang ada simbol radioaktif..

3. Kawan bloger PNK seperti Puterikasih cakap epal tu x boleh makan...Si Caliph Shuriken pulak suruh kuarantin epal tu..wakaka..memang terbaekk la kamu.

4. Hari ni PNK nak kasi tau tentang makanan lain yang ada radionuklid semulajadi ataupun bahan radioaktif semulajadi dalam kandungannya..

5. Boleh dikatakan setiap makanan kita ada sedikit radionuklid semulajadi...tapi kuantitinya amat amat amat amat kecil dan selamat dimakan begitu saja.. :)

5. Penyumbang utama kandungan radiasi dalam makanan adalah Potassium-40 dan Radium-226.

6. Hayat depa berdua ni panjang. Si Potassium-40 umur dia boleh sampai 1.248 x 109 (1 248 000 000) tahun baru dia mati. Radium-226 pulak boleh hidup 1600 tahun. Kira 2 makhluk ni macam SAKA la..hahaha. Tuan mati dia tak mati lagi.

7. Jadi 2 radionuklid ni dah lama ada dalam persekitaran. Potassium tu bentuknya macam garam mineral dan ada semulajadi dalam tanah. Radium tu pulak anak kepada uranium.

8. Mereka berdua ni boleh masuk dalam rantai makanan melalui pokok-pokok yang hidup. Pokok akan menyerap air yang mengandungi Potassium atau pun Radium ni ketika melakukan proses Fotosintesis.

9. Jadi bila dah masuk dalam pokok, pokok dimakan oleh lembu. 2 SAKA  tu berpindah pula ke badan Si Lembu. Si Lembu pula PNK sembelih buat gulai. Bila PNK makan lembu, berpindah la 2 makhluk tu dalam badan PNK pula. Bila PNK mati kembali la 2 makhluk tu ke TEMPAT ASALNYA semula. Begitulah kitarannya.

-Lembu Gemok yang membawa SAKA-
sumber gambar: google



10. Potassium-40 yang ada dalam badan manusia adalah penyumbang utama kepada radioaktiviti manusia. Kira kira ada 0.0187 gram Potassium-40 ada dalam badan manusia.


11. Contoh makanan yang ada di negara kita yang mempuyai Potassium-40 yang tinggi adalah Pisang.

12. Nanti masa kamu beli pisang gorang cuba cakap macam nie.."Makcik Bedah...saya nak beli Pisang Goreng Beradioaktif 2 ringgit."  Ada berani ?


Radioaktiviti Semulajadi Dalam Makanan
Makanan40K
pCi/kg
226Ra
pCi/kg
Pisang3,5201
Brazil Nuts5,6001,000-7,000
Lobak Merah3,4000.6-2
Kentang Putih3,4001-2.5
Bear 390---
Daging Merah3,0000.5
Lima Bean4,6402-5
Ayaq Minum---0-0.17
-Lain-lain contoh makanan yang ada SAKA-


 

 -Brazil Nut-
sumber gambar: google


 -Lima Bean-
sumber gambar: google


13. Lima Bean tu kacang apa eh? macam kacang parang pun ada..Sapa boleh tolong PNK jawap.??


-Pok Nik Kaya-