USM Bloggerz

Monday, September 10, 2012

Kisah 3 hari yang lepas...




Institute of Postgraduate Studies


1. PNK baru balik tengok bola kat Mamak Khaleel. Malaysia kalahkan Indonesia 1-0. Terasa jadi student laa..hehehe.. Suasana student betui laa kat sana :)

2. Esok pukul 9 pagi kelas pertama PNK. Subjek Radiation Protection II (2 jam). Menyusul lepas tu kelas Dosimetry (2 jam). Jumlah 4 jam sekali belajar dari pukul 9 sampai pukul 1 petang. Tak boleh berehat minum pagi pukul 10 macam PNK kerja kat Gomen. :(

3. Nak ulas sikit proses mendaftaran PNK sebagai pelajar 4 hingga 7 Julai lepas.

 

4. Bermula dengan  sesi taklimat umum untuk semua pelajar post graduate (Master + PhD)

 

 5.  Satu dewan kuliah besar penuh dengan pelajar. Tua muda semua ada. Arab, Mexico, Afrika semua ada.. Ada kot dalam 300 orang.



6. Layanan baik punya untuk pelajar post graduate. Siap kasi makan tu..:) Masa degree dulu tak ada laa nak rasa macam ni.



7. Pendaftaran kursus di Institute of Postgraduate Studies (IPS).





8. Kena ambil nombor giliran macam nak masuk bank. Tukang pegang no tu kawan baik PNK, panggil saja Pok We. Dia sama macam PNK, staf Gomen yang dapat cuti belajar. Kawan PNK dari matrikulasi lagi nie. Tak pernah berpisah dengan PNK, kat mana PNK belajar kat situ akan ada Pok We. :)

9. Semester 1 PNK daftar 4 subjek jer. Semua 20 jam kredit. Jumlah yuran RM 4,400 jer.  Satu jam yang PNK daftar tu bernilai RM 220. Yuran sudah naik tak macam ambil degree dulu.  Jadi kena belajar sunguh sungguh..sebab PNK pakai duit main kutu buat bayar yuran ni..!!



10. Yang ralit main FB nie pulak, coursemate baru PNK. Wan Zul, budak perak anak askar. Dia nie dulu salah seorang student yang PNK pernah selia masa buat Latihan Industri di HUSM.


11. Amoi comel ni pun salah sorang student PNK juga..:) PNK kira ada la dalam berbelas orang bekas student PNK yang akan jadi coursemate baru..


12. Misi terakhir, hantar permohonan bantuan kepada kerajaan Malaysia. PNK minta pinjaman pendidikan MARA. Hantar sampai 2 set borang. Mana la tau dapat double berbanding orang lain ;)


13. Penutup pada 7 Julai, PNK berjumaat di Masjid Taman Brown.Sejuk mata memandang bila tengok anak anak muda dah mulakan langkah jadi Hafiz Quran. :)

14. Cuma ada teguran PNK untuk Unit Perumahan & Peninapan Universiti (UPPU). kalau ada staf UPPU yang terbaca jadikan ia komen Peti aduan pelanggan. Teguran seperti berikut:
 
a)  Bersikap profesional dalam komunikasi, jangan panggil pelanggan anda 'Adik'. PNK bukan adik beradik kandung ataupun tiri anda. Kalau PNK muda lagi takpa..nie dah berjanggut beruban daa..

b) Rancang dan 'synchronise' aktiviti pendafaran asrama pelajar post graduate bersama sama IPS. Amat kelam kabut dan nampak tidak selari dengan program yang diaturkan oleh IPS.

c) Pastikan staf kaunter anda sentiasa tersenyum semasa melayan karenah pelaggan yang pelbagai.

15. Sekian. harap diambil tindakan.





-Pok Nik Kaya-










22 comments:

  1. Tahniah jd pelajar semula.Rindunya USM...saya belajar kat sana juga muda2 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abe KM7..tempat terjatuh lagi terkenang inikan pula tempat menuntut ilmu...

      Delete
  2. bru jmpk en nik pnya blog..jnuh duk cr td..hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum poknik.

    Alamak..dah yg beruban,berjanggut pun staf2 panggil 'adik' jugak? hehehe.
    Diorang nak kasi poknik n the geng ase muda kot,hehhe.

    #aaa,poknik ad tnya smlm knapa lana meroyan tgk gmbr zmn sekolah kan? mau tak meroyan..rindu zaman2 belajar..lagi2 kat U..bnyk sgt memori la poknik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Tinta Lana..Pok Nik hati muda lagi laa.. :)

      Pok nik pun ada simpan lagi baju uniform masa sekolah dulu..penuh dengan signature kawan2..memang terbaeek la zaman sekolah dulu.

      Delete
  4. RM4400 tu total utk 20 jam kredit ye pok nik? kalau kt sini tak kira jam kredit, ambik berapa jam kredit pun tetap bayar sama jugak. jd kalau ambik sikit macam rugi lah, ambik banyak atau sikit bayar sama. tak tau la macam mana diorg ni kira. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya.. tepat sekali 4400 tu utk 20 jam. sini kira ikut jam. untung kat UKM tu kalau student ambil banyak subjek harga dia sama je mcm tu.. tapi berapa harga yuran nyer tu..?

      Delete
    2. sy hari tu tak sampai pun 2k. dalam rm1700.. tu yg tkejut bila poknik mention yuran rm4400.. huhu

      Delete
    3. tu la aisya..mungkin status U kot.. ;(

      Delete
    4. maybe ikut course jugak kot.. huhu.. btw, sy ambik environmental management.. =)

      Delete
    5. enviroment management..itu macam ada kaitan dengan kesihatan persekitaran kan.. bagus bagus tu boleh buka consultant hbs master nanti. :)

      Delete
  5. dia nampak pok nik muda lagi tu, tu pasal dia panggil adik hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhihk..muda remaja lagi Pok nik nie..sweet 18 hehehe.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. poknik Subaidah lg sedap dari khalel... + subaidah kat dlam USM tu ada murah sikit dari luar utk student dan staff... bulan posa lak pelita sll supply buka puasa... dulu la masa ekonomi stabil..

      Delete
    2. Pok nik makan belaka doh..nasi khandaq sekitar usm..subaidah dlm usm 3.50 jer standard nasi dia.. abe Poe rajin dating kat subaidah yer dulu..

      Delete
    3. Abe poe sll g fery naik bas mini, release tension lepas paper dosimetri...
      Dating kat indah kembara je huhuhu..

      Delete
    4. Abe poie nak berjimat eh dating kat indah kembara.. kesian kak diana.

      Delete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.