USM Bloggerz

Monday, September 10, 2012

Kenapa perlu HARAMKAN ia ?

-punca gambar : sinarharian.com.my-

1. Malam Sabtu lepas , PNK merewang atas talian melawat rakan blogger. Singgah di blog Syiela, terjumpa gambar yang cukup PNK kenal. Gambar Trefoil Radiation. PNK cukup BERAHI kalau nampak gambar ni.

2. PNK lakukan siasatan dan dapat tahu sumber artikel bertajuk "Haramkan loket bertenaga skalar" berasal dari Sinar Harian. Artikel penuh boleh baca kat Blog Syiela atau sinarharian.com.my

3. PNK baca sampai habis dan terpanggil untuk buat ulasan di sini.

4. Loket bertenaga skalar ini pernah orang promosi pada PNK masa tahun 2008 lagi. Harga dia boleh tahan mahal masa tu, rasa cecah ribu ringgit.

5. Penjual kata Loket bertenaga skalar dibuat daripada batuan batuan dan mineral lava gunung berapi. Memang mujarab untuk mereka yang sakit sakit dan kurang syahwat.

5. Impak loket bertenaga skalar yang ditunjukkan dalam video memang hebat. Seorang nenek kelihatan sakit dan tidak berdaya berjalan pada permulaan video.

6. Nenek tua yang jalan berpimpin tangan tu bila dipakaikan dan direndamkan kaki nenek tu dengan air loket tu boleh bangun sendiri. Boleh angkat angkat kaki macam main takraw la pulak. Memang hebat. 

6a. Bagi yang lemah syahwat, perghh wajib beli punya laa... :)

7. PNK terpegun. tapi PNK tak beli pun. :(

8. PNK tak beli kerana was was dengan mineral dan batuan gunung berapi seperti yang penjual cakap. PNK takut kalau batuan loket tu ada bahan radioaktif semula jadi.

9. Haaa sangkaan PNK betul la.. :) Tahun 2012 pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom buat ujian dan sahkan loket itu ada unsur thorium-22 dan uranium-238 yang keluarkan radiasi melebihi had dibenarkan.

10. Nasib baik PNK tak beli..kalau tak jadik Wolverine macam mamat bawah nie ha. PNK rasa budak ni pun mutan gak nie..tuhan kasik jari elok elok 5 batang, dia nak tambahkan lagi 3 batang. pastu korek hidung dari tepi.. tak boleh blah laa dia ni..

adik adik jangan tiru dia

 11. Kesimpulan untuk kelas hari ini, Unsur Radioaktif banyak terdapat secara semula jadi samada dalam bentuk gas ( carbon-14 , radon ) atau bentuk pepejal ( thorium, uranium, potassium-40 )

12. Pembetulan untuk pihak akhbar Sinar Harian, Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101) sepatutnya seperti berikut : 

Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2010)

13.  Untuk memastikan badan anda tidak sakit kerana mengalami kesan jangka panjang daripada bahan radioaktif semula jadi, PNK nasihat seeloknya simpanlah dahulu loket bertenaga skalar itu dahulu..

14. Nak simpan kat mana? kembalikan la ke tempat asalnya.. Perrgh macam nak buang SAKA la pulak.. tak pun turunkan ia ke anak cucu..hehe

15. Bagi yang rasa rumah ada yang tak kena..selalu kena sakit anak beranak..macam kena buatan orang...entah entah tanah kat bawah rumah tu ada unsur radioaktif semulajadi kot..jeng jeng jeng..

16. Ok...puas dah merapu nie. masa untuk rehat... Sekian.


-Pok Nik Kaya-









12 comments:

  1. ada kawan pakai
    rupanya radio aktif tinggi
    patut dia kata ada tenaga
    bahaya!2

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOP..ahaa bahaya tu.. cube suh kawan tu duk mencangkung..boleh tak dia buat?

      Delete
  2. sebab tu sebelum membeli sesuatu kita kita kaji betul-betul dulu jangan percayakan 100% cakap si penjual :)

    ReplyDelete
  3. bahaya nyer..radioaktif tinggi erk..??..patutla diharamkan..
    tp first time dengar ttg bnde niy..kesian kan..??..muehehehe..
    tp xper, sng nk sampaikan maklumat pd org lain if mereka nk beli benda niy..(~_____^)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Najwa..uishh takan la baru 1st time tahu pasal benda nie..ke awak dah beli.. ;)
      okay bagus..sampaikan pada mereka yang tak tahu..

      Delete
  4. kalau poknik dah rupa yang atas tu takut dah nak kawan hehehehe...

    *** thanks ye pok nik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpe tepi jalan pun buat donno jerk..ok welcome syiela

      Delete
  5. Power dia lbh krg cm kriptonite la ni.. xpon tahi bintang cm dalam cite XXRay tu (hero dia faizal Hussien)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poe, bukan hero tu macam Ali Setan ke? .hehehe

      Delete
  6. takott looorrr dok pegang radioaktif tu, tak takut bertkuar jadi alien ker pakcik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada orang pegang radiaktif jadi alien.. ada orang siap minum radioaktif lagi.. tak jadi pun alien :)

      Delete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.