USM Bloggerz

Saturday, September 8, 2012

Master of Science (Radiation Science)


1. Sekali pandang post ni macam muka depan assingment pun ada sebab letak logo USM kat atas sekali. Hehe ni sebagai persediaan untuk buat assigment la kan. PNK dah tukar status kepada student kan..

2. PNK ni asalnya orang kerja kerajaan atau orang Gomen. Kerja kat  Hospital USM Kubang Kerian sebagai Pegawai Sains Fizik. Lebih khusus lagi PNK kerja kat Jabatan Radiologi.  X-Ray tu kira makanan harian PNK la..

3. Selepas 4 tahun kerja, Alhamdulillah PNK dapat la tawaran sambung belajar selepas harungi 2 interview yang amat mencabar. Nasib baik Dr. Shafie Abdullah bos PNK bagi perakuan dan sokongan yang tip top. Tq Bos.

4. PNK dapat tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa. Ini bermaksud gaji PNK tetap dapat macam biasa tiap tiap bulan tanpa ada sebarang potongan pada elaun. Cuma majikan PNK tak bayar untuk yuran pengajian. Jadi yuran pengajian kena bayar sendiri la.

 

5. PNK pilih USM sebagai tempat untuk sambung sebab ada program yang PNK nampak selari dengan perancangan hidup PNK iaitu Sarjana Sains (Sains Radiasi)

6. Hantar pemohonan ke Institut Pengajian Siswazah USM, tunggu 2 bulan PNK dapat jawapan. DITERIMA sebagai pelajar yang paling tua..hahaha. Coursemate PNK semua muda mudi. Ada antara mereka bekas pelajar selian PNK semasa mereka buat Latihan Industri kat HUSM.




7. Sarjana Sains Radiasi ni kursus Mod Campuran. PNK nanti kena pergi kelas untuk satu semester dan buat penyelidikan untuk satu semester. Tempoh pengajiannya 2 semester. Mudah tu nak buat Master :) setahun siap la.

8. Kelas PNK adalah di Pusat Pengajian Sains Fizik, USM Penang. Jadi satu semester la PNK kena duduk jauh dengan awek PNK dan anak PNK. Alahai tersiksa batin ku. hahaha. Menuntutlah ilmu sampai ke Negeri Cina kan. 

9. Isnin 10 September nanti mula lah kelas PNK. Jadi pelajar semula PNK. Sekian...


-Pok Nik Kaya-




6 comments:

  1. Tahniah la bro..... samo samo la kito berjihad... hehehe

    ReplyDelete
  2. salam ziarah first time sini..wah..good luck PNK.gAji tetap jln tu y terbaik.Bljr rjin2..hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Novelgurl..kalau tak ada gaji susah woo nak idup ..nak tanggung anak bini lagik :)

      Delete
  3. wah..PNK still dpt gaji kn..kre very lucky man..(^____^)..congrate PNK sb dpt continue study..

    ReplyDelete

Komen kamu akan PNK baca dalam 3 hari bekerja. Balas dalam 1 hari bekerja.